Prudential perkenal aplikasi Pulse dengan kerjasama DoctorOnCall , Babylon, AIME

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- DoctorOnCall bekerjasama dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB), Babylon Healthcare Services Limited dari UK dan AIME memperkenalkan aplikasi ‘Pulse’ bagi memantau status kesihatan, bercakap dengan doktor berkelayakan secara dalam talian dan mendapatkan penghantaran ubat terus ke rumah. 

Pulse, aplikasi unik dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dilancarkan PAMB baru-baru ini boleh menilai kesihatan pengguna, termasuk gaya hidup, kesihatan mental, kesihatan organ dalaman dan risiko penyakit pada masa akan datang melalui soal selidik. 

Menurut satu kenyataan, aplikasi itu menyediakan maklumat mengenai kesihatan semasa pengguna serta kesedaran tentang aspek-aspek yang perlu diperbaiki. Ia juga menggabungkan fungsi  ‘Symptom Checker’ (Pemeriksa Simptom) yang membawa kepada pengguna kemungkinan diagnosis atau punca simptom.

Pengguna boleh memilih untuk bercakap dengan doktor secara dalam talian dengan bayaran hanya RM1 dan doktor akan membuat diagnosis dan mengesyorkan rawatan yang sesuai serta mengeluarkan perskripsi elektronik, sekiranya perlu.

Pulse juga menyediakan maklumat mengenai demam denggi menerusi fungsi amaran denggi. Ia boleh didapati dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store atau App Store.

DoctorOnCall merupakan salah sebuah rakan kongsi yang bekerjasama dengan Prudential, syarikat insurans utama, dalam merealisasikan aplikasi Pulse. Bagi maklumat lanjut, boleh hubungi https://www.doctoroncall.com.my.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018