SEREMBAN, 25 Jun (Bernama) -- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan memperkenalkan dua perkhidmatan baharu percuma, ujian saringan kanser serviks melalui ujian HPV DNA dan program MyPapaCare, untuk penduduk negeri ini pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata ujian HPV DNA bertujuan mengesan kehadiran DNA Human Papiloma Virus sama ada berisiko tinggi atau karsinogen (agen pencetus barah) pada sel serviks seorang wanita yang mana kehadiran virus ini boleh menyebabkan kanser serviks kepada kaum wanita.
"Insiden kanser serviks meningkat selepas umur 30 tahun dan didapati paling tinggi pada usia 60 hingga 69 tahun. Sebanyak 60 peratus wanita hanya menyedari menghidap kanser setelah memasuki tahap keempat dan kelima. Pada tahap ini, kebarangkalian untuk sembuh adalah 30 peratus berbanding 90 peratus sekiranya wanita tersebut melakukan pemeriksaan di peringkat awal, katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ujian ini boleh dilakukan sendiri dan hanya mengambil masa sekitar lima minit dengan menggunakan putik kapas yang dimasukkan dan diputar-putarkan di dalam faraj sebelum dimasukkan ke dalam tiub untuk dihantar ke makmal LPPKN untuk dianalisis, katanya lagi.
Katanya keputusan ujian boleh diketahui dalam masa kira-kira sebulan dan klien akan segera dihubungi oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN sekiranya keputusan klien menunjukkan 'abnormality' supaya rawatan segera dapat diberikan.
Turut hadir ialah Pengerusi LPPKN Datuk Dr Narimah Awin, Pengarah LPPKN Negeri Sembilan Bibi Azlilee Abdullah dan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan Ruzanna Sager Ahmad.
Katanya dari Januari hingga Mei lepas, sebanyak 879 orang wanita telah mendapatkan perkhidmatan percuma ini di Klinik Nur Sejahtera LPPKN Negeri Sembilan.
"Daripada 879 orang wanita ini, seramai sembilan orang telah dikesan positif dalam ujian dan telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban," katanya.
Tan berkata warganegara atau penduduk tetap dalam kategori B40 dan M40 yang berumur 25 hingga 74 tahun layak untuk mendapatkan ujian secara percuma.
Katanya ujian ini boleh dijalankan di 49 Klinik Nur Sejahtera LPPKN dan Klinik Subfertiliti LPPKN di seluruh negara.
Mengenai program MyPapaCare pula, beliau berkata ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki terhadap kesihatan melalui perkhidmatan urutan kesejahteraan lelaki.
Katanya kaum lelaki berumur 30 tahun hingga 55 tahun dalam senarai e-Kasih atau dalam kumpulan B40 yang mempunyai kemahiran mengurut berpeluang untuk menambah pendapatan keluarga melalui program kesejahteraan lelaki MyPapaCare.
"Program ini diperkenalkan untuk memberi kesedaran kepada kaum lelaki terhadap kesihatan melalui kaedah pemeriksaan sendiri testis dan urutan kesejahteraan lelaki," katanya.
Katanya pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang urutan mempunyai kelebihan sebagai peserta program, namun mereka yang telah mempunyai tiga tahun pengalaman dalam bidang urutan juga layak untuk memohon dengan LPPKN Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN