ALOR SETAR, 25 Jun (Bernama) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan memastikan 10 lokasi wabak chikungunya yang sebelum ini dikesan di kawasan rumah kedai berhampiran pusat beli-belah City Plaza, di sini bebas daripada pembiakan nyamuk.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad berkata pemantauan dan kawalan aktif dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan diteruskan bagi memastikan penularan wabak itu dikekang dan tidak merebak ke kawasan lain.
“Langkah yang diambil ialah dengan membuat pemeriksaan di rumah kedai yang ditinggalkan dan rumah burung walet kerana kita tidak mahu wabak chikungunya berulang dan merebak. Kita juga melakukan semburan kabus di lokasi wabak.
“Saya difahamkan premis yang terbabit telah pun dikenakan kompaun oleh JKN kelmarin, jadi kita mengharapkan kerjasama daripada penduduk di sini untuk bersama-sama membantu membuat kawalan sendiri dan menjaga persekitaran premis,” katanya kepada pemberita pada program gotong-royong pembasmian nyamuk Aedes di deretan rumah kedai berkenaan di Jalan Tunku Ibrahim di sini, hari ini.
Turut hadir, Anggota Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai.
Pada program itu, Mohd Zohdi turut melakukan semburan aerosol di premis kedai termasuk menyerahkan dua botol semburan berkenaan kepada peniaga terlibat.
Semalam, Pengarah JKN Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata seramai 23 orang dari premis rumah kedai Jalan Tunku Ibrahim disyaki dijangkiti penyakit itu sejak Ahad lepas.
Daripada jumlah tersebut 15 orang telah disahkan positif mengalami penyakit Chikungunya menerusi hasil ujian darah.
Wabak bawaan nyamuk aedes itu menyebabkan pesakit mempunyai simptom demam, sakit sendi yang teruk dan ruam.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN