Lee Lam Thye
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Semua pihak perlu bekerjasama dan mengambil langkah proaktif bagi mengesan sumber pencemaran udara di Pasir Gudang, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.
Keutamaan perlu diberi bagi memastikan komuniti di sekitar Pasir Gudang selamat dan kawasan industri di sekitarnya tidak mendatangkan ancaman kepada alam sekitar.
“Orang ramai mahu melihat Jabatan Alam Sekitar dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mengambil langkah proaktif yang diperlukan untuk memastikan keselamatan orang awam.
“Apa yang kita perlukan sekarang adalah langkah proaktif dan bukannya reaktif untuk mencegah berlakunya insiden lain selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kes pencemaran di Pasir Gudang yang menyebabkan ramai yang sesak nafas dan muntah sejak Khamis lepas.
Lee berkata pihak berkuasa juga harus mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencemar alam sekitar sehingga mengancam kesihatan awam.
Sementara itu, menurut Lee NIOSH bersedia memberikan bantuan dengan sokongan ibu pejabatnya di Bandar Baru Bangi di sini yang mempunyai kemudahan dan kepakaran dalam pemantauan pencemaran kimia.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN