80 peratus hospital dilengkapi pasukan khas penjagaan luka

Lee Boon Chye

MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Kira-kira 80 peratus atau 116 daripada 145 buah hospital kerajaan di seluruh negara memiliki pasukan khas yang menawarkan perkhidmatan penjagaan luka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, kesemua 48 hospital pakar turut dilengkapi pasukan khas berkenaan.

Menurutnya, pasukan khas itu dianggotai doktor pakar dan jururawat terlatih yang memiliki kepakaran mengenal pasti jenis luka mengikut kaedah rawatan bersesuaian termasuk pembedahan plastik, ortopedik dan pembedahan.

Beliau berkata, kementerian meletakkan sasaran baki 20 peratus hospital kerajaan akan dilengkapi pasukuan khas berkenaan menjelang 2023 berikutan ketiadaan doktor pakar buat masa ini di sesetengah hospital.

Dr Lee berkata demikian pada sidanmg media selepas merasmikan Persidangan Penjagaan Luka Kebangsaan kali kelima di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Bahari Awang Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Penjagaan Luka Kebangsaan, Normala Basiron dan Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Rushidi Ramly.

Mengulas lanjut, Dr Lee berkata sektor penjagaan luka merupakan antara perkara yang perlu diberi penekanan meskipun kurang diberi perhatian khusus oleh pesakit atau pekerja kesihatan.

"Ini kerana aspek penjagaan luka mampu memberi impak terhadap kualiti kehidupan pesakit yang mana (secara tidak langsung) menjadi beban kepada keluarga yang menjaga.

"Oleh itu, pihak kementerian telah menyediakan garis panduan berserta pasukan khas yang diharap dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, kesemua anggota pasukan khas berkenaan memerlukan latihan terperinci berikutan bukan sahaja merawat luka bahkan termasuk rawatan sampingan yang lain bagi memastikan rawatan intensif yang diberikan berkesan terutamanya melibatkan pesakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018