NGO sumbang 400 kelapa muda untuk pesakit, petugas kejadian pencemaran Pasir Gudang



JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) -- Kejadian pencemaran udara di Pasir Gudang mendapat perhatian Persatuan Kebajikan Ikhlas Johor Bahru yang tampil menghulurkan sumbangan 400 biji kelapa muda khusus buat pesakit dan petugas di Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Pengerusinya S.George Wilson berkata 300 biji kelapa muda disediakan pihaknya hari ini manakala 100 biji lagi, pada hari ketiga kejadian, Sabtu lepas.

"Air kelapa muda amat baik untuk kesihatan yang boleh diminum pesakit mahupun para petugas di stadium ini. Semua kelapa muda ini dibeli dari beberapa peniaga di sekitar Pontian dengan harga RM2.80 sebiji menggunakan wang sumbangan para anggota persatuan," katanya yang ditemui pemberita hari ini.

Beliau yang merupakan seorang kontraktor berkata, semasa insiden pencemaran kimia Sungai Kim Kim di Pasir Gudang meletus sekitar Mac lepas, persatuan itu turut menyumbang 100 biji kelapa muda buat para petugas.

Menurutnya usaha menyediakan kelapa muda di Stadium Tertutup Pasir Gudang itu akan dilakukan sehingga insiden pencemaran terbabit selesai.

“Persatuan Kebajikan Ikhlas Johor Bahru ditubuhkan sejak tiga tahun lepas dan kini mempunyai 380 anggota pelbagai kaum di sekitar bandaraya ini,” katanya.



-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018