KANGAR, 27 Jun (Bernama) -- Sebanyak empat kes Chikungunya dicatatkan di negeri Perlis sejak awal tahun ini sehingga 22 Jun lepas, berbanding hanya satu kes pada tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Dr Sirajuddin Hashim dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini berkata empat kes itu melibatkan seorang lelaki dan tiga wanita berumur antara 28 hingga 66 tahun.
Katanya tiada kes terbaharu di negeri ini namun kerjasama semua pihak dalam mengekang penularan penyakit ini perlu dibendung bersama bagi tindakan pencegahan dan kawalan di premis masing-masing dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes.
“JKN juga terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di semua premis perniagaan dan kediaman di negeri ini,” katanya yang diminta mengulas mengenai penularan penyakit itu yang melanda Kedah.
Isnin lepas, Pengarah JKN Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata seramai 23 orang dari premis rumah kedai Jalan Tunku Ibrahim disyaki dijangkiti penyakit itu sejak Ahad lepas.
Daripada jumlah tersebut 15 orang telah disahkan positif mengalami penyakit Chikungunya menerusi hasil ujian darah yang dibuat sebelum ini, dan semalam empat orang menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 19 orang.
Wabak bawaan nyamuk itu menyebabkan pesakit mempunyai simptom demam, sakit sendi yang teruk dan ruam.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN