PERTUBUHAN BANGSA BERSATU, 29 Jun (Bernama) -- Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Jumaat memberi amaran berhubung penularan maklumat yang salah mengenai vaksin dan menyeru komuniti antarabangsa bersama menangani masalah itu, lapor agensi berita Xinhua.
Pada perbincangan mengenai semakin ramai tidak percaya suntikan vaksin, Pengarah Eksekutif UNICEF Henrietta Fore, berkata salah faham itu perlu segera diatasi, kerana selama ini suntikan vaksin imunisasi berjaya mengurangkan antara dua hingga tiga juta kematian setiap tahun, memetik angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Sambil mengakui vaksin imunisasi sebagai antara kemajuan dalam kesihatan awam, namun menurut Fore masih terdapat kira-kira 20 juta bayi tidak menerima faedah itu setiap tahun.
"Ia bukan sahaja menyebabkan kanak-kanak itu berdepan risiko dijangkiti penyakit, malah komuniti dan negara juga terdedah ancaman wabak," katanya.
Maklumat salah mengenai vaksin tersebar dengan pantas terutamanya menerusi dalam talian, menyebabkan lebih ramai ibu bapa keliru dan tidak pasti apa yang sebenarnya perlu dilakukan.
Merujuk kepada peningkatan kes campak di seluruh dunia, katanya "ia tidak boleh dibenarkan terus berleluasa kerana boleh membantutkan usaha mencegah penularan penyakit ini."
Justeru, beliau menyeru syarikat teknologi untuk lebih banyak mempromosikan maklumat yang tepat, boleh dipercayai dan terbukti secara saintifik berkaitan vaksin.
Melihatkan kepada perkembangan terbaru itu, mendorong UNICEF pada April lalu melancarkan kempen media sosial baharu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa "vaksin adalah selamat dan boleh menyelamatkan nyawa."
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN