Hospital Medan Malaysia terima Anugerah Inovasi Sultan Azlan Shah

Sumber : Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Facebook

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Hospital Medan Malaysia menerima satu lagi penghargaan, Anugerah Inovasi Piala Sultan Azlan Shah.  

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata anugerah itu sebagai penghargaan kepada kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk perancangan, pembinaan dan pengoperasian hospital medan di Cox’s Bazar, Bangladesh.

“Dengan rasa rendah hati saya menerima Anugerah Inovasi Piala Sultan Azlan Shah bagi pihak KKM bersama Yang Berbahagia Lt Jen Datuk (Dr) Hj Ya’akop Koming, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja ATM,” kata Dr Noor Hisham dalam catatan terkini di laman Facebooknya, malam ini.  

Upacara itu berlangsung pada Jumaat malam lepas bersempena  Majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Hari Ulang Tahun Kor Kesihatan Diraja Ke-52.

Hospital Medan Malaysia sebelum ini menerima pelbagai penghargaan antarabangsa, termasuk daripada Pertubuhan  Kesihatan Sedunia (WHO), Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah serta pelbagai agensi  antarabangsa dan tempatan. 

Dr Noor Hisham berkata hospital medan itu telah beroperasi sejak Disember 2017 untuk mengurangkan beban kebanjiran pelarian Rohingya dari Myanmar. 

“Kementerian Kesihatan, menerusi Op Starlight 1 menguruskan hospital itu sebelum diambil alih oleh ATM pada March 2018,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018