KUALA TERENGGANU, 2 Julai (Bernama) -- Seorang lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang semalam, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh.
Beliau berkata pesakit perempuan berumur 18 tahun itu berasal dari Kampung Sungai Berua dan pernah mempunyai sejarah sentuhan dengan seorang pesakit Orang Asli yang telah disahkan positif campak sebelum ini.
"Pesakit ini ditahan wad setelah datang sendiri ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan apabila mengalami demam, muntah, batuk, sakit tekak, kurang selera makan, kelesuan dan cirit-birit.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Orang Asli yang sedang mendapatkan rawatan di hospital itu i enam orang iaitu lima perempuan dan seorang lelaki. Kesemua mereka dilaporkan stabil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sejak 12 Jun, Hospital Hulu Terengganu telah menerima kemasukan 18 pesakit Orang Asli yang berkaitan demam campak namun 12 pesakit telah dibenarkan pulang secara berperingkat mulai 20 Jun lepas.
Daripada 18 pesakit itu, 12 pesakit disahkan positif dijangkiti wabak itu, dua lagi negatif jangkitan dan empat lagi pesakit masih menunggu keputusan makmal.
Terengganu mempunyai empat perkampungan Orang Asli di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu manakala yang lainnya di Besut dan Kemaman.
Beliau berkata setakat ini, aktiviti survelan dan pengesanan kes secara aktif di perkampungan Orang Asli di Hulu Terengganu telah dilakukan ke atas 493 orang dan akan terus dilakukan dari masa ke semasa.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN