Tiada mangsa baharu gangguan kesihatan di Pasir Gudang dirujuk ke hospital hari ini



JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Tiada pesakit baharu akibat gangguan kesihatan di Pasir Gudang, dimasukkan ke wad setakat pukul 8.00 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata meskipun ada 11 kes membabitkan tujuh sekolah dilaporkan setakat pukul 11 pagi, kesemua mangsa hanya dirujuk ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang tanpa dirujuk ke hospital. 

"Mereka yang terjejas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, SK Tanjung Puteri Resort, SK Kong Kong Laut, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, SK Taman Scientex, Sekolah Tahfiz di Bukit Dahlia dan SK Cendana.

"Bagaimanapun, mangsa hanya dirujuk di klinik kesihatan tanpa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, " katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Hanya seorang sahaja berada di wad dan keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata, sesi persekolahan pada hari ini diteruskan seperti biasa dan dijalankan di aras bawah sekolah berikutan semua mangsa yang mengalami simptom sesak nafas sebelum ini berada di aras tiga dan empat sekolah.

Tambahnya lagi, pihak industri juga bersetuju untuk membekalkan alat 'gas detector' kepada semua 111 buah sekolah dalam masa terdekat selain menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat industri itu hasil dari sesi dialog awam (town hall) bersama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim semalam Yeo Bee Yin.

"Itu program CSR (tanggungjawab sosial korporat ) pihak industri itu sendiri," katanya lagi.

Beliau berkata, 18 buah pasukan "Psychological First Aid " yang dibentuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga masih meneruskan perkhidmatan sokongan psikologikal di sekolah yang terjejas.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018