JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Semua pihak yang terlibat dalam operasi pencemaran toksik perlu mematuhi peraturan berkaitan keselamatan dan kesihatan termasuk menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata pihak majikan termasuk organisasi media yang membuat liputan, perlu menyediakan PPE yang sesuai sebelum menghantar wartawan dan jurugambar ke lokasi terlibat.
"Amat malang apabila ada antara para petugas termasuk dari organisasi media, turut menjadi mangsa ketika berada di kawasan tercemar.
"Kes sebegini seharusnya menjadi peringatan kepada mereka (organisasi media) mengenai risiko yang dihadapi para petugas ketika berada di lapangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau dalam pada itu turut menasihatkan individu yang ingin ke lokasi pencemaran mendapatkan nasihat pakar termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan NIOSH mengenai PPE yang sesuai digunakan termasuk jenis topeng keselamatan dan respirator yang mampu menapis udara tercemar dengan berkesan.
Terdahulu, Lee melawat jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di sebuah hospital swasta di Pasir Gudang sini hari ini.
Mohd Azren Jamaludin, 33, dimasukkan ke hospital sejak Sabtu selepas mengalami gejala muntah, demam, sesak nafas dan pitam dipercayai akibat pencemaran udara di Pasir Gudang.
Beliau, yang ditugaskan membuat liputan isu pencemaran udara sejak seminggu lepas, kini masih di bawah pengawasan doktor kerana turut disahkan dijangkiti virus Influenza B.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN