Tragedi Kuala Koh: Lagi 230 Orang Asli terima suntikan vaksin



GUA MUSANG, 3 Julai (Bernama) -- Seramai 230 penduduk Orang Asli dari Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir diberikan suntikan vaksin bagi mengelakkan jangkitan penyakit khususnya demam campak dalam kalangan penduduk Orang Asli suku Batek sehingga petang semalam.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, dengan itu, seramai 434 orang daripada masyarakat Orang Asli di Gua Musang sudah menerima suntikan vaksin berkenaan sehingga ini.

Katanya, pada Ahad dan Isnin lepas petugas Jabatan Kesihatan Daerah Gua Musang memberi suntikan kepada 204 penduduk suku Bateq di Kampung Kuala Koh dan Kampung Aring 5. 

Bagaimanapun, katanya, seramai 109 penduduk Orang Asli masing-masing 66 orang penduduk Kampung Pasir Linggi yang masuk hutan, Kampung Kuala Koh (6) dan 37 orang lagi dari Kampung Aring 5, masih belum menerima suntikan berikutan masalah kesihatan dan ada yang masuk hutan mencari rezeki. 

Dalam musibah awal Mei lepas, 15 Orang Asli Suku Batek dari  Kampung Kuala Koh meninggal dunia kerana dipercayai dijangkiti demam campak manakala 112 penduduk lagi menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM), Hospital Kuala Krai (HKK) dan Hospital Sultanah Zainab ll Kota Bharu.

Hashim Alang berkata, petugas kesihatan akan memberikan suntikan kepada mereka yang belum mendapat suntikan dalam masa terdekat.

Katanya, kerjasama untuk menerima suntikan vaksin itu merupakan kesedaran paling tinggi berikutan kebimbangan mengenai penularan penyakit berjangkit itu. 

Sementara itu, Tok Batin Kampung Pasir Linggi, Bolek Lilin, 75, ketika ditemui berkata, penduduk Orang Asli kampung itu memang menunggu-nunggu operasi pencegahan dan suntikan vaksin dilaksanakan. 

Katanya, ini kerana mereka bimbang dengan penularan penyakit berjangkit terbabit sehingga menghalang aktiviti mereka termasuk mencari rezeki di hutan. 

--BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018