Norhizan Ismail
ALOR SETAR, 5 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menerima 11 anugerah keselamatan daripada kumpulan pro-keselamatan seharian, Safety First, bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang warga jabatan itu dalam aspek perkhidmatan kesihatan.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata pengiktirafan seumpama itu yang julung kali diterima pihaknya, merupakan satu penghargaan yang sangat besar atas segala usaha dan pengorbanan semua kakitangannya dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.
“Pengiktirafan ini sangat bersejarah dan saya berharap ia akan menjadi suntikan semangat dan motivasi buat semua 16,500 warga Jabatan Kesihatan negeri untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan cemerlang pada masa depan.
“Organisasi kami sangat besar meliputi sembilan hospital termasuk hospital pakar, daerah serta klinik-klinik kesihatan. Tanpa sokongan padu daripada seluruh warga jabatan ini, kejayaan ini mungkin tidak akan dapat dicapai,” katanya di sini.
Kumpulan Safety First yang bergerak menyebarkan maklumat mengenai keselamatan jalan raya melalui penggunaan aplikasi WhatsApp kini mempunyai capaian kepada lebih 5,200 individu termasuk di luar negara dan menjangkakan jumlah itu akan meningkat dalam tempoh singkat.
Semalam, bagi menghargai prestasi cemerlang warga JKN, sebanyak 11 sijil penghargaan dianugerahkan kepada pakar perseorangan serta jabatan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.
Dr Norhizan sendiri menerima salah satu anugerah sebagai menghargai usahanya dalam ‘Steering the healthcare services with dedication, passion and humility’.
Turut menerima anugerah ialah Pengarah HSB, Dr Zaiton Udin; Timbalan Pengarah HSB, Dr Farique Rizal Abdul Hamid; Ketua Pakar Perunding Pediatrik dan Perubatan Remaja, Dr Thiyagar Nadarajaw; Pakar Gastroenterologi HSAH, Dr Ooi Boon Han dan Pakar Perunding Oftalmologi, Datuk Dr Haslina Mohd Ali.
Jabatan yang menerima anugerah ialah Jabatan Obstetrics and Gynaecology yang diwakili Datuk Dr Rushdan Md Noor; Dr Haslina mewakili Jabatan Oftalmologi; Dr Azillah Mohd Ali mewakili Jabatan Pergigian Pediatrik; Dr Siti Nadiah Abdul Kadir mewakili Jabatan Perubatan Transfusi dan Matron Chua Phaik Suat mewakili Jabatan Pediatrik.
Sementara itu Penasihat Safety First Datuk Seri Azman Ujang berkata sektor perkhidmatan kesihatan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keselamatan.
Azman berkata anugerah yang disampaikan kepada JKN Kedah merupakan satu pengiktirafan bagi menghargai khidmat terbaik jabatan berkenaan setelah mendapat sokongan daripada pihak atasan di Kementerian Kesihatan.
Katanya selain pakar dan jabatan di bawah JKN Kedah, Safety First sebelum ini turut menyampaikan anugerah penghargaan yang sama kepada pakar-pakar di Hospital Serdang.
Beliau berkata pihaknya merancang untuk menyampaikan lebih banyak anugerah seumpama itu tidak tanpa mengira apa juga jabatan atau jawatan penerima asalkan ia berkaitan dengan keselamatan.
“Bidang keselamatan adalah sangat luas, penulis atau wartawan misalnya, mereka juga perlu menjaga ‘keselamatan’ dengan cara memastikan penulisan mereka adalah betul,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN