KUALA TERENGGANU, 7 Julai (Bernama) -- Dua lagi Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang pada Jumaat, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Jusoh.
Beliau berkata dua pesakit yang berasal dari Kampung Sungai Berua itu ialah seorang lelaki berusia 23 tahun dan anaknya, bayi lelaki berusia empat bulan.
"Kedua-dua mereka mempunyai sejarah sentuhan dengan seorang lagi pesakit Orang Asli yang disahkan positif campak sebelum ini.
"Dua beranak ini datang sendiri ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami demam, batuk dan selesema. Keadaan mereka dilapor stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Orang Asli yang sedang mendapatkan rawatan di hospital itu seramai tujuh orang iaitu lima perempuan dan dua lelaki.
Terengganu mempunyai empat perkampungan Orang Asli di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu manakala yang lain di Besut dan Kemaman.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN