Dr Lee Boon Chye (gambar fail)
IPOH, 7 Julai (Bernama) -- Syarikat penyedia insurans pada kebiasaannya akan menyediakan pelan liputan polisi untuk penyakit mental yang serius dan jelas dinyatakan bagi mengelak sebarang pertikaian pada masa depan.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata spektrum atau lingkungan penyakit mental adalah luas dan antara yang sering dimasukkan dalam liputan penyedia insurans adalah depresi; gangguan bipolar, skizofrenia; gangguan obsesif-kompulsif (OCD) serta sindrom tourette.
Bagaimanapun, Dr Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata pihak kerajaan menyambut baik usaha satu daripada syarikat insurans di negara ini yang mewujudkan pelan liputan untuk pesakit mental.
"Ini selaras dengan amalan di tempat lain, contohnya di Singapura dan negara lain.
"Di pihak kerajaan juga, kami mencuba sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang perlu kerana kami menyedari penyakit ini semakin serius di negara ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai sebuah syarikat insurans di negara ini, yang menyediakan pelan liputan untuk pesakit mental bagi masalah depresi; gangguan bipolar, skizofrenia; OCD, sindrom tourette dan kemurungan selepas bersalin.
Ditanya jika orang ramai perlu mengambil insurans sedemikian, Dr Lee berkata ia terpulang kepada diri masing-masing, namun sekiranya disahkan menghidap penyakit mental ia mampu mengurangkan beban kos rawatan.
Tambahnya, kerajaan sendiri telah melakukan beberapa inisiatif termasuklah menyediakan ujian saringan kesihatan mental di klinik dan hospital selain bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Kami mengakui usaha tersebut sehingga hari ini masih belum mencukupi dan kementerian perlu tingkatkan lagi usaha bagi menangani masalah kesihatan mental," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN