Sumber gambar: utusan.com.my
SEREMBAN, 9 Julai (Bernama) -- Sebanyak 1,268 kes demam denggi direkodkan di Negeri Sembilan bagi tempoh dari 1 Jan sehingga Sabtu lepas, mencatatkan peningkatan 86.2 peratus berbanding 681 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata bilangan kes denggi yang didaftarkan di Negeri Sembilan pada minggu ke-27 iaitu dari 30 Jun hingga 6 Julai lepas adalah sebanyak 40 kes.
Dalam kenyataan kepada Bernama di sini, beliau berkata daerah Seremban merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,028, diikuti Tampin (67 kes), Port Dickson (53 kes), Jempol (49 kes), Jelebu (26 kes) serta Rembau (23 kes) dan Kuala Pilah dengan 22 kes.
“Terdapat tujuh kes kematian atau 0.55 peratus disebabkan oleh demam denggi dilaporkan di Negeri Sembilan sehingga Sabtu lepas berbanding dua kes atau 0.26 peratus dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.
“Kumulatif lokaliti wabak yang masih aktif ialah sebanyak 11 lokaliti wabak iaitu 10 lokaliti di daerah Seremban dan satu lokaliti di daerah Jempol,” katanya.
Dua kawasan di Seremban direkodkan sebagai kawasan aktif wabak iaitu Apartmen Desa Palma dan Pusat Komersial Oakland (Jalan 4) manakala baki direkodkan sebagai kawasan wabak terkawal.
Beliau berkata ekoran bilangan bilangan kes kumulatif yang tinggi maka aktiviti pencegahan dan kawalan telah dipergiatkan lagi pada masa ini.
“Kita menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes, aktiviti larviciding (membunuh jentik-jentik), semburan pengasapan, Op Gempur Aedes, promosi kesihatan dan gotong-royong yang melibatkan masyarakat,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN