Siasatan gangguan kesihatan di Pasir Gudang masih dijalankan



KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) -- Siasatan berhubung insiden gangguan kesihatan di Pasir Gudang terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang sehingga kini belum diketahui puncanya masih dijalankan, kata Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis.

Menjelaskan perkara itu, Isnaraissah Munirah berkata insiden di Pasir Gudang berbeza dengan situasi pencemaran Sungai Kim-Kim yang diketahui puncanya akibat pencemaran sisa kimia di sungai itu.

“Di Pasir Gudang kita hanya nampak kesan tetapi puncanya masih belum diketahui, sebab itu kementerian terus menyiasat punca insiden itu berlaku di samping sentiasa menjalankan bacaan kualiti udara di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium Bioteknologi kali ke-6 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini hari ini.

Isnaraissah Munirah berkata setakat ini keadaan di Pasir Gudang terkawal dan tiada pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)  berbanding di Sungai Kim-Kim sebelum ini.

Sementara itu dalam ucapannya, tema bagi simposium iaitu "Bioteknologi dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)" sangat sejajar dan relevan dengan perkembangan di Malaysia.

Beliau berkata penunjuk SDG Malaysia meliputi 17 matlamat, 169 sasaran dan 244 indikator untuk mengukur pencapaian pembangunan sejagat yang terdiri daripada aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof Dr D Kamarudin D Mudin,  dalam ucapannya berkata peserta simposium itu yang  terdiri daripada  pelbagai kepakaran dalam bioteknologi seperti mikrobiologi molekul, bioproses, biomedik, budaya tisu, genetik dan genomik mampu mengemukakan cadangan bagi program lestari yang memenuhi matlamat pembangunan mampan global.

"Oleh kerana matlamat pembangunan mampan tidak tertumpu di  Malaysia sahaja, kita menjangkakan teknologi dan penemuan baru yang boleh diterjemahkan untuk menangani isu-isu global menerusi aplikasi, inovasi atau proses pengkomersilan," tambah beliau.

Ucapan beliau dibacakan oleh oleh Penolong Naib Censelor UMS, Prof Dr Marcus Jopony

Simposium dua hari itu dihadiri oleh 109 peserta dari 32 organisasi dan agensi dari Malaysia, Indonesia, Australia dan United Kingdom.

--BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018