UMS bersama Swiss German University jalankan penyelidikan tangani masalah penyakit tibi



KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) -- Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Swiss German University (SGU) di Indonesia sedang menjalankan penyelidikan tentang kaedah untuk mengurangkan jangkitan penyakit tuberkulosis (tibi) yang menjadi masalah utama khususnya di Sabah.

Pengarah Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS Dr Zarina Amin berkata UMS dan SGU telah memperoleh geran bagi tempoh dua tahun untuk menjalankan penyelidikan itu yang dimulakan sejak enam bulan lepas di makmal ujikaji UMS.

Beliau berkata geran berjumlah RM200,000 hasil sumbangan daripada “UMS Matching Grant” dan “Geran Kolaborasi Luar” dari SGU, juga berjumlah RM200,000, bertujuan membuat penyelidikan dan mengenal pasti sebatian yang menyebabkan tibi.

“Tujuan penyelidikan itu dibuat ialah untuk mencari kaedah yang efektif bagi mengurangkan jangkitan penyakit tibi di negeri ini memandangkan jumlah pesakit yang menghidap tibi di Sabah sentiasa meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Simposium Bioteknologi kali ke-6 anjuran UMS di sini hari ini.

Simposium yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini bertemakan “Biotechnology in Sustainable Development Goals” dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis.

Sementara itu, naib pengarah penyelidikan SGU Dr Kholis Abdurachim Audah berkata kolaborasi antara kedua-dua universiti kini berjalan baik dan mereka kini dalam proses untuk mengambil ekstrak bakau untuk diuji ke atas kuman tibi dan denggi.

Beliau yang juga presiden pengasas Persatuan Bioinformatik dan Biodiversiti Indonesia (ISBB) berkata di peringkat ini bahan-bahan untuk ujian penyelidikan ke atas virus penyakit tibi dan denggi itu berasal dari Sabah.

“Tetapi untuk peringkat berikutnya nanti, kami harap dapat menjalankan ujian dalam cara yang serupa menggunakan ekstrak bakau yang diperoleh dari kedua-dua Sabah dan Indonesia,” tambah beliau.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018