SEREMBAN, 11 Julai (Bernama) -- Sebanyak 15 kluster penyakit Influenza Like Illness (ILI) dilaporkan di negeri ini dari Januari sehingga 6 Julai lepas, peningkatan lima kluster berbanding tempoh sama tahun 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata taburan kluster ILI mengikut daerah adalah lima kluster di Seremban melibatkan 37 kes, Jempol (empat kluster, 98 kes), Rembau (tiga kluster, 16 kes), Jelebu (dua kluster, 14 kes) dan satu kluster membabitkan tiga kes di Port Dickson.
Beliau berkata sekolah rendah, sekolah menengah dan taska adalah premis yang kerap terlibat dengan kes penyakit ILI yang meliputi pelbagai jenis Influenza termasuk Influenza A dan B yang boleh berlaku dalam komuniti secara bermusim dari semasa ke semasa.
“Bagi minggu ke-27 iaitu dari 30 Jun sehingga 6 Julai, sebanyak 18 kes penyakit ILI dilaporkan dan daripada jumlah itu, dua kes telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut, manakala kes-kes lain telah dirawat sebagai pesakit luar.
“Tiada kematian akibat ILI dilaporkan dan tiada premis ditutup di Negeri Sembilan pada minggu tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Penyakit ILI adalah demam selesema yang menyebabkan seseorang itu demam, selesema, batuk dan boleh menjadi teruk menyebabkan radang paru-paru (pneumonia) yang disebabkan oleh virus dan ditularkan melalui jangkitan pernafasan.
Veerapan berkata sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan saluran pernafasan, orang ramai diingatkan agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.
“Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan adalah dinasihatkan untuk berehat di rumah, elakkan pergi ke tempat tumpuan ramai, memakai penutup hidung dan mulut dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan.
“Dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari mana-mana klinik perubatan yang berdekatan,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN