KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) -- Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mewujudkan Unit Rehabilitasi Strok di Hospital UMS (HUMS) yang dijangka mula beroperasi pada 2021 setelah pembinaan hospital berkenaan siap sepenuhnya.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Negeri Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata unit berkenaan merupakan antara bidang kepakaran yang penting untuk membantu meningkatkan kualiti rawatan rehabilitasi strok di negeri ini.
"Unit ini akan membantu pesakit mengelak dari komplikasi selain membantu pesakit untuk mencapai tahap berdikari yang maksimum serta kembali semula kepada komuniti dan pekerjaan mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian penutupan Borneo Interdisciplinary Stroke Rehabilitation Workshop 2019, di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata sebanyak 690 kes strok direkodkan di 24 buah hospital seluruh negeri pada 2017 dan meningkat kepada 838 kes pada 2018.
"Pada tahun 2017 sebanyak 649 kes dilaporkan berlaku dalam kalangan pesakit berumur 40 tahun ke atas dan selebihnya berusia 40 tahun ke bawah yang terdiri daripada 448 pesakit lelaki dan 242 pesakit perempuan.
"Pada 2018 sebanyak 770 kes dilaporkan berlaku dalam kalangan pesakit berumur 40 tahun ke atas dan selebihnya berusia 40 tahun ke bawah yang terdiri daripada 541 pesakit lelaki dan 297 pesakit perempuan," tambahnya.
Ketika ini Pusat Rehabilitasi Strok berpusat di Hospital Queen Elizabeth dan sebanyak sembilan buah hospital seluruh Sabah menawarkan rawatan dari unit berkenaan secara berkala.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN