KUALA LUMPUR, Julai 13 (Bernama) -- Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyeru penyedia penjagaan kesihatan agar mendidik wanita yang menghidap kekurangan darah (anemia) tentang komplikasi yang akan mereka hadapi sekiranya hamil.
Ini ekoran dakwaan wanita orang Asli bahawa mereka dipaksa mengikuti program perancang keluarga secara suntikan sehingga memberi kesan sampingan.
"Wanita yang mengalami anemia mempunyai risiko komplikasi semasa kehamilan dan adalah penting penyedia penjagaan kesihatan berkomunikasi secara efektif kepada mereka yang berisiko.
"Memilih untuk mempunyai anak adalah hak asasi manusia sejagat, bagaimanapun, jika seseorang itu berisiko untuk mendapat komplikasi semasa kehamilan kerana keadaan perubatan, mereka harus dinasihatkan oleh yang bertanggung jawab atas perawatan mereka," kata presiden MMA Dr N. Ganabaskaran dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah bahawa tuduhan itu serius dan mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat bukti yang mencukupi terhadap tuntutan tersebut.
Kelmarin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata inisiatif kawalan kelahiran di bawah kementeriannya dijalankan secara bertanggungjawab untuk melindungi wanita Orang Asli daripada komplikasi yang berkaitan dengan anemia semasa kehamilan.
Pada Rabu, sebuah portal berita melaporkan bahawa kakitangan kementerian kesihatan telah memberikan suntikan kontraseptif kepada wanita Orang Asli, terutama mereka yang baru berkahwin, menyebabkan mereka mempunyai kesan sampingan.
Pada Selasa, lima wakil dari kampung Orang Asli menyerahkan memorandum kepada kerajaan yang mendakwa, antara lain, wanita Orang Asli diberi pil kawalan kelahiran tanpa maklumat yang sepatutnya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN