'The Caring Home' mampu ringankan tekanan pesakit kanser

Sumber: Fb-The Royal Johor

JOHOR BAHRU, 14 Julai (Bernama) -- Penyediaan bilik dan laman  "The Caring Home" di Wad Hematologi Tunku Laksamana Johor di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, mampu meringankan tekanan yang dihadapi pesakit kanser.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata pada masa sama, ia juga dapat meringankan beban pesakit mahupun keluarga mereka yang kebiasaannya datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan di wad berkenaan.

“Kita sedia maklum mereka (pesakit) kadang kala alami tekanan dan sebagainya, jadi dengan  pemandangan laman yang cantik selain mempunyai pelbagai tanaman dan pondok untuk beristirehat, ia dapat mengurangkan lagi tekanan itu.

“Selain itu, dengan adanya dua katil di setiap tiga bilik rehat yang disediakan, pesakit yang menjalani kemoterapi beberapa hari di sini dapat menginap di situ secara percuma bersama keluarga,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian "The Caring Home" di  hospital itu, di sini, hari ini.

Selain laman dan bilik tidur,  The Caring Home turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti surau, tandas dan juga ruang rehat yang boleh digunakan pesakit dan keluarga.

Dr Selahuddeen berkata  "The Caring Home’ juga mampu memberi manfaat kepada 24 pesakit di wad berkenaan selain pesakit luar dan juga kakitangan perubatan.



Terdahulu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut berkenan merasmikan laman dan bilik berkenaan pada majlis itu serta menyampaikan cenderahati daripada Pizza Hut Malaysia kepada 18 pesakit di wad itu.

Sementara itu, Pengerusi Mutiara Johor Corporation Datin Noor Laila Yahaya berkata projek "The Caring Home" merupakan kerjasama antara Mutiara JCorp dan Pizza Hut Malaysia di mana dana diperoleh menerusi  transaksi pelanggan iaitu sebanyak 20 sen bagi setiap pembelian di restoran makanan segera itu.

Mutiara Johor Corporation merupakan sebuah organisasi amal di bawah Johor Corporation yang antara lain menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti berfaedah yang dijalankan dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018