YANGON, 16 Julai (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 54 orang di Myanmar maut akibat selesema babi selepas virus H1N1 menular ke sebahagian besar negara itu, demikian menurut seorang pegawai kesihatan pada Selasa lapor agensi berita Anadolu.
Wabak yang mula melanda hampir sebulan lalu itu, menyaksikan kematian pertama dilaporkan pada 19 Jun di Yangon.
Pegawai bahagian maklumat Kementerian Kesihatan dan Sukan Phyu Phyu Aye berkata enam lagi meninggal dunia pada Isnin, menjadikan jumlah korban setakat ini 54 orang.
"Yangon kekal sebagai bandar paling teruk terjejas dengan 43 kematian," katanya ketika dihubungi Anadolu.
"Pesakit positif H1N1 dikesan di tiga lagi kawasan menjadikan jumlah keseluruhan enam."
Menurut data kementerian, 274 daripada sejumlah 671 pesakit yang positif dijangkiti virus di enam wilayah - Yangon, Sagaing, Magway, Bago, Ayeyarwady dan Mon.
Kementerian itu berkata selesema babi menjadi wabak bermusim di Myanmar sejak ia mula mencetuskan pandemik pada 2009.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN