Latihan simulasi rabies pastikan kesiapsiagaan pada tahap terbaik



LANGKAWI, 16 Julai (Bernama) -- Latihan simulasi akan memastikan tahap kesiapsiagaan agensi kerajaan berada dalam keadaan terbaik dalam menghadapi sebarang kemungkinan penyebaran jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata biarpun negeri di Semenanjung dan Sabah masih bebas rabies setakat ini, ​​​​​latihan ke arah kesiapsiagaan perlu memandangkan ancaman penyebaran masih ada khususnya dari negara jiran.

"Tiada sebarang jangkitan rabies di Semenanjung dan Sabah buat masa ini, kecuali di Sarawak yang telah mengakibatkan 18 kematian malahan kita masih jumpa anjing yang positif selepas melakukan ujian terhadap tisu otak haiwan yang dilupuskan itu menunjukkan virus tersebut masih aktif di sana.

"Menerusi latihan simulasi yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis di sini, kita akan menilai kesiapsiagaan semua agensi terlibat. Latihan melibatkan komponen seperti melakukan pemantauan, vaksinasi, pelupusan dan kawalan pergerakan haiwan bertujuan menyelaras kawalan penyakit tersebut secara sistematik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Latihan Simulasi Rabies Peringkat Serantau 2019 di sini hari ini.

Seramai 175 pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah, Jabatan Kesihatan Kedah, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terlibat dalam latihan untuk memberi pendedahan mengenai risiko penyakit rabies.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018