Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menganggarkan beban penyakit kronik tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi dan hyperlipidaemia dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah sangat tinggi, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata peratusan penyakit kronik NCD paling tinggi dicatatkan adalah hypercholesterolaemia iaitu sebanyak 47.7 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu diikuti hipertensi (30.3 peratus) dan diabetes (17.5 peratus).
“Beban penyakit hypercholesterolaemia dalam kalangan golongan muda mengikut kategori umur bagi umur 18 hingga 19 tahun adalah sebanyak 22 peratus, 20 hingga 24 tahun (26.5 peratus), 25 hingga 29 tahun (33.7 peratus), 30 hingga 34 tahun (44 peratus) dan 35 hingga 39 tahun (49.7 peratus).
“Manakala beban penyakit hipertensi dalam kalangan golongan muda mengikut kategori umur bagi umur 18 hingga 19 tahun (6.7 peratus), 20 hingga 24 tahun (9.4 peratus), 25 hingga 29 tahun (13.2 peratus), 30 hingga 34 tahun (15.9 peratus) dan 35 hingga 39 (23.9 peratus),” katanya.
Beliau menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu apakah penyakit kronik yang paling mendadak dalam kalangan generasi muda dan peratusannya.
Dr Lee berkata sebanyak 17.5 peratus atau 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit diabetes dengan peratusan golongan muda yang menghidap penyakit itu mengikut kategori umur bagi 18 hingga 19 tahun sebanyak 5.5 peratus, 20 hingga 24 tahun (5.9 peratus), 25 hingga 29 tahun dengan (8.9 peratus), 30 hingga 34 tahun (10.6 peratus) dan 35 hingga 39 tahun (12.9 peratus).
“Kaji selidik itu juga menganggarkan sebanyak 17.7 peratus rakyat Malaysia mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) obes.
“Peratusan generasi muda yang obes mengikut kategori umur bagi mereka berusia 18 hingga 19 tahun sebanyak (11.7 peratus), 20 hingga 24 tahun (12 peratus), 25 hingga 29 tahun (18.3 peratus) 30 hingga 34 tahun dengan (17.2 peratus) dan 35 hingga 39 tahun (20.5 peratus),” katanya.
Dr Lee berkata kementerian menyedari beban penyakit NCD dalam kalangan golongan muda amat membimbangkan dan memberi fokus terhadap strategi pencegahan dan kawalan NCD pada peringkat awal mengikut Life Course Approach berdasarkan Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit 2016-2025.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN