JKNS sahkan menerima notifikasi pesakit disyaki dijangkiti JE



KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan menerima satu notifikasi pesakit, yang disyaki dijangkiti virus “Japanese Encephalitis” (JE), dari Kampung Lubong, Tambunan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Fung Ming bagaimanapun berkata JKNS masih menunggu keputusan ujian pengesahan dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh berkaitan kes berkenaan.

Susulan daripada notifikasi itu, JKN Sabah telah melaksanakan aktiviti pengesanan kes, semburan kabus dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk meliputi di 121 premis serta pendidikan kesihatan di lokaliti kediaman rumah pesakit.

“Masyarakat setempat dinasihat supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda dan gejala JE seperti demam, sakit kepala, loya, muntah, perubahan keadaan mental, simptom neurologi, lemah dan gangguan pada pergerakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ming Fung berkata, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah juga turut diberi makluman agar menjalankan pemeriksaan terhadap haiwan di kawasan kampung terlibat.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018