Lelaki dijangkiti penyakit JE di Sabah

KOTA KINABALU, 18 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 21 tahun dari sebuah kampung di Tambunan telah dijangkiti penyakit Japanese Encephalitis (JE), Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Fung Ming mengumumkan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu, dari Kampung Lubong, kini dirawat di Hospital Keningau dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sampel darah lelaki itu yang dihantar ke Makmal Kesihatan Awam di Sungai Buloh, Selangor, disahkan positif dijangkiti virus JE, katanya pada sidang media di Wisma Tun Fuad di sini.

Virus JE telah dikesan di sebuah ladang khinzir di Tambunan, kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata JE adalah endemik di Sabah dan negeri itu merekodkan empat kes setakat ini tahun ini. Ia merekodkan lima kes pada tahun lepas.

Beliau berkata virus JE boleh berjangkit daripada haiwan yang dijangkiti kepada manusia menerusi gigitan nyamuk yang telah dijangkiti tetapi tidak boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia.

“Nyamuk membawa penyakit itu daripada haiwan kepada manusia. Seseorang manusia yang telah dijangkiti tidak boleh menjangkitkannya kepada orang lain," kata beliau.

-- BERNAMA  






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1