KUNAK, 20 Julai (Bernama) -- Hospital Kunak hari ini menganjurkan kempen derma darah dengan menyasarkan 100 penderma bagi menampung kekurangan tabung darah di hospital berkenaan.
Kempen bermula 8 pagi hingga 5 petang itu adalah inisiatif Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kunak selepas mengetahui hospital berkenaan memerlukan lebih banyak bekalan darah bagi menampung kekurangan tabung darah.
Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Norazlinah Arif berkata ia adalah platform terbaik menarik lebih ramai orang awam menjalankan tanggungjawab sosial membantu individu memerlukan bekalan darah, selain aktiviti sampingan melibatkan kanak-kanak dianjurkan pada program itu mampu memberi pendedahan kepada golongan berkenaan terhadap kepentingan derma darah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kempen derma darah bertemakan ‘Beri Setitis Kehidupan’ di lobi utama hospital itu, di sini.
Sementara itu, Pengarah Hospital Kunak Dr Asbullah Sudin berkata hospital tersebut memerlukan darah jenis O memandangkan ia sangat kritikal bagi kes-kes kecemasan, dan beliau juga berharap penduduk setempat memberi sokongan dengan datang ke hospital menderma darah.
-- BERNAMA
ASMAH RBN KLS
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN