PETALING JAYA, 22 Julai (Bernama) -- Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan (KKM), telah memulakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ di seluruh negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Ia (penjualan gula-gula Ghost Smoke) adalah sesuatu yang mengejutkan dan cara ia dipasarkan, dalam kalangan pelajar sekolah.
“Perkara ini sudah kita perhatikan dan akan mengambil tindakan segera. Kita tidak akan membenarkannya," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Neuropsychiatry Masterclass 2019 di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan mengenai kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut.
Gula-gula itu didapati dijual secara berleluasa di daerah di Papar, Sabah, yang dibeli pelajar sekolah dan selain Papar, gula-gula berkenaan juga ada dikatakan dijual secara berleluasa di daerah lain termasuk di Kota Kinabalu, kebanyakannya dibawa dari luar sekolah oleh murid.
Ditanya dari manakah datangnya sumber gula-gula berkenaan, Dr Dzulkefly berkata beliau belum mendapat laporan dan masih menunggu siasatan mengenainya.
Sementara itu mengenai mengenai perkembangan terkini di Pasir Gudang, beliau berkata lapan murid dan seorang guru mengalami sesak nafas dan dirawat sebagaj pesakit luar di Klinik Kesihatan Pasir Gudang semalam.
“Tiada yang ditahan di dalam wad. Kesemua mereka dikatakan terhidu bau busuk dan bau bahan yang terbakar pada waktu pagi,” katanya yang sembilan kes tersebut membabitkan tiga lelaki dan enam perempuan, melibatkan empat buah sekolah.
Menurut beliau sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort (tiga pelajar), SK Kopok (dua pelajar), SK Taman Rinting 3 (dua pelajar, satu guru) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 (satu pelajar).
Katanya, pihaknya menyedari di Pasir Gudang terdapat 2,500 kilang dengan 250 daripadanya adalah kilang kimia.
“Kalau ini adalah punca tercetusnya pelbagai (kes kesihatan), itu adalah sangat kita fahami dan pakar-pakar psikiatri kita tahu ini boleh mencetuskan sindrom serangan panik yang berulang,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN