Mohd Khuzzan Abu Bakar (Gambar fail)
JOHOR BAHRU, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan insiden murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang, di sini, mengalami sesak nafas dan muntah-muntah yang berulang turut berpunca daripada pencemaran najis dan hama burung merpati di beberapa bilik darjah sekolah terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pencemaran najis dan hama itu yang berlaku sejak sekian lama menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.
“Ini mungkin juga antara faktor-faktornya (penyebab murid sesak nafas dan muntah). Jadi kita minta Kementerian Pendidikan agar segera mengatasinya,” katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan yang turut melawat sekolah berkenaan berkata najis burung itu tidak hanya di lantai kelas malah turut didapati di ruang balkoni tingkat empat sekolah terbabit.
“Perkara ini dah lama nampaknya. Kalau tidak mana mungkin boleh banyak najis.
“Saya juga dimaklumkan bahawa pihak kementerian telah pun datang melawat dan diharap tindakan menutup ruang kemasukan burung ke dalam bumbung kelas serta kerja-kerja pembersihan dapat dilaksanakan segera kerana kesannya dapat dilihat dari segi pernafasan yang mana tidak sesuai untuk kanak-kanak terutama yang masih bawah 12 tahun,” katanya.
Selain itu, beliau juga meminta pihak sekolah dan guru agar menggunakan kelas-kelas lain buat sementara waktu untuk mengajar murid bagi mengelak pencemaran najis mengganggu pernafasan murid.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr. Selahuddeen Abd Aziz berkata pencemaran najis burung itu boleh mengakibatkan simptom sesak nafas yang lebih teruk berbanding yang dialami murid sekarang.
“Dalam istilah kesihatan, kita sebut ia sebagai sebagai ‘pneumonitis over lung’ yang membawa kepada beberapa simptom antaranya sesak nafas, namun ia bergantung kepada tempoh berapa lama mereka terdedah kepada pencemaran,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN