Kes denggi meningkat di Kelantan



TANAH MERAH, 23 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Kelantan merekodkan peningkatan kes denggi di seluruh negeri ini dalam tempoh hampir tujuh bulan pada tahun ini. 

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, ia satu peningkatan 315 peratus iaitu 2,266 kes berbanding 546 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

"Kami jangka kes ini akan terus meningkat menjelang cuti perayaan Hari Raya Aidil Adha tahun ini sekiranya masyarakat masih tidak mengambil peduli untuk menjaga kebersihan persekitaran premis masing-masing. 

"Kami turut mengesan 59 kawasan wabak denggi yang masih aktif di seluruh negeri ini, " katanya dalam satu kenyataan Operasi Banteras Aedes Negeri (OBAN) di kawasan Bandar Tanah Merah di sini, hari ini. 

Sepanjang ops itu, 245,599 premis diperiksa dan mendapati 7,801 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

"Pihak kami turut mengeluarkan 1,377 kompaun yang dicadang dengan nilai RM688,500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Pengakit (APSPP) 1975.

"Kami juga mengeluarkan 625 notis bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan aedes," katanya. 

Beliau berkata, pihaknya turut melakukan semburan bagi membunuh nyamuk di 424,548 buah premis selain 215,545 premis telah dilakukan “larviciding" bagi memusnahkan jentik-jentik.

"Dengan peningkatan ini kami meminta masyarakat terutama di sekitar kawasan wabak sentiasa mengambil berat terhadap kebersihan sekeliling berikutan tahun ini pihaknya mencatatkan tiga kematian akibat denggi," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018