Tindakan rujuk mangsa Pasir Gudang ke unit psikiatri sebagai rawatan sokongan



JOHOR BAHRU, 23 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini mempertahankan tindakannya merujuk murid dan pelajar sekolah yang terjejas akibat insiden sesak nafas dan muntah di Pasir Gudang sejak 20 Jun lepas ke unit psikiatri kanak-kanak di sebuah hospital kerajaan di sini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Aziz berkata, tindakan itu sebahagian daripada usaha berterusan jabatan untuk memberi rawatan sokongan kepada mangsa pencemaran bukan sahaja yang berlaku pada Jun, malah berterusan sejak pencemaran Sungai Kim Kim, Mac lepas.

Ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, di Pasir Gudang, beliau  berkata, pelajar berkenaan dirujuk kerana wujud kebimbangan mereka menghadapi trauma atau dibelenggu perasaan bimbang yang melampau selepas mengalami insiden berkenaan.

Pengesanan yang lebih awal terhadap kebimbangan itu akan membantu keadaan murid dan pelajar berkenaan sebelum menjadi lebih teruk pada masa datang, kata Dr Selahuddeen mengulas tindakan segelintir ibu bapa yang mempersoalkan mengapa anak mereka yang terjejas akibat insiden itu dirujuk untuk mendapatkan rawatan psikiatri. 

“Kita lihat anak ini stres terlampau tinggi, jadi kita harus mengambil langkah untuk mendapatkan rawatan sokongan seperti ‘psychological first aid’.

Dalam setiap jenis penyakit, memang terdapat aspek fizikal dan psikologi. Jadi kita mahu merawat kedua-duanya sekali, bukan hanya merawat fizikal, tidak. Ini adalah proses rawatan keseluruhan,” katanya.

Dr Selahuddeen berkata, rujukan ke unit psikiatri turut melibatkan mangsa dewasa sebagai rawatan sokongan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018