Talian Befrienders: Gobind hargai kerjasama syarikat telekomunikasi



KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo amat menghargai kerjasama yang diberikan lapan syarikat telekomunikasi untuk mengecualikan caj bagi panggilan ke talian Befrienders bermula 1 Ogos ini.

Beliau berkata langkah tersebut hasil inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan lapan syarikat telekomunikasi itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

“Isu masalah kesihatan dan kestabilan emosi di kalangan masyarakat perlu diberikan perhatian, dan mereka yang memerlukan bantuan boleh menggunakan talian percuma ini untuk pertolongan segera melalui inisiatif tersebut,” katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebook.

Kerjasama antara SKMM dan lapan syarikat telekomunikasi itu adalah bagi menyokong usaha kerajaan meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab masyarakat untuk menangani isu kesihatan dan kestabilan emosi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Langkah terbaharu diumumkan hari ini, menyaksikan caj panggilan yang dibuat oleh masyarakat adalah percuma ke talian Befrienders bermula Khamis depan (1 Ogos).

Syarikat telekomunikasi berkenaan ialah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, TIME dotcom Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Webe Digital Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

Befrienders, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi melalui talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan. 

Butiran lanjut mengenai Befrienders di negeri-negeri lain boleh didapati di laman web www.befrienders.org.my.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018