KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Graduan perubatan yang ingin mendapatkan Surat Layak Daftar daripada Majlis Perubatan Malaysia (MPM) bagi permohonan lantikan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah perlu berdaftar terlebih dahulu dengan MPM.
Presiden MPM yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi melayakkan graduan berdaftar dengan MPM, mereka perlu mengemukakan ijazah asal perubatan daripada universiti atau kolej perubatan yang diiktiraf majlis berkenaan.
“Setelah mengemukakan dokumen diperlukan, MPM akan mengeluarkan Surat Layak Daftar kepada pemohon bagi kegunaan permohonan lantikan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kegagalan segelintir graduan perubatan mendapatkan surat layak daftar itu daripada MPM.
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan dan MPM juga dalam usaha memudahkan lantikan graduan perubatan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah dengan memberi Surat Layak Daftar kepada graduan yang mengemukakan transkrip akhir universiti (keputusan peperiksaan akhir) ditandatangani Presiden, Senat, Rektor atau Pendaftar Universiti sebagai alternatif.
Katanya kriteria itu sejajar dengan Akta Perubatan 1971.
“Sekiranya telah memenuhi kriteria berkenaan, Surat Layak Daftar dengan nombor siri akan diberikan oleh pihak MPM kepada graduan perubatan itu, dan digunakan untuk pendaftaran/permohonan secara dalam talian melalui SPA8i dengan pihak SPA.
“Dimaklumkan juga bahawa surat dekan yang dikeluarkan Fakulti Perubatan tidak diterima. Tiada perubahan dalam proses untuk permohonan bagi pelantikan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah,” katanya.
Beliau berkata calon yang telah ditawarkan lantikan tetapi tidak mempunyai dokumen berkenaan (surat layak daftar) sebelum ini, dinasihatkan supaya mendapatkannya dari pihak universiti atau kolej perubatan dengan kadar segera, dan dikemukakan kepada MPM.
“Graduan perubatan berkaitan tidak perlu khuatir kerana tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perubatan Siswazah kepada pemohon tidak terbatal dan lantikan akan terus dibuat pada kumpulan pengambilan akan datang setiap dua bulan,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN