KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pink Ribbon Wellness Foundation, kumpulan sokongan kepada pesakit kanser payudara, akan menganjurkan larian dan karnival Pink Wig-a-Thon yang dijadualkan pada 22 Sept di Taman Botani Perdana di sini.
Penaungnya, Puan Sri Maniseh Adam berkata, acara kali ketiga itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap usaha mencegah kanser payudara terutama di kalangan remaja dan memberi sokongan kepada pemandiri.
Ketika berucap pada majlis pelancaran acara itu di sini hari ini, beliau berkata: "Warna merah jambu adalah lambang kanser payudara, jadi apabila kita melakukan larian, anda harus ingat bahawa anda membantu mereka yang sedang menjalani rawatan.
"Semoga pesakit berasa bahawa mereka tidak bersendirian kerana mereka mendapat sokongan daripada mereka yang mengambil bahagian dalam larian itu," katanya.
Maniseh, pemandiri kanser payudara, berkata semua peserta akan memakai rambut palsu berwarna merah jambu semasa larian sebagai simbol sokongan kepada mereka yang menghidap penyakit tersebut.
Beliau bekata selain mengumpul dana dan menimba pengetahuan tentang keadaan kesihatan, acara itu juga memberi manfaat kepada kesihatan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN