Pengilang pantau sendiri kandungan gula minuman manis - Dr Dzulkefly

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

PETALING JAYA, 25 Julai (Bernama) -- Pengilang dan pengeluar minuman manis, termasuk minuman teh mutiara atau 'Bubble Tea' yang popular, harus mengamalkan pemantauan sendiri untuk memastikan produk mereka tidak melebihi tahap gula dibenarkan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pengusaha minuman perlu memikul tanggungjawab bagi merumuskan semula bahan-bahan mereka ke arah lebih sihat selain mengelak dikenakan cukai gula yang telah dilaksanakan kerajaan.

“Ini terpakai untuk bukan sahaja Bubble Tea tetapi semua produk lain. Kami mahu melihat mereka mengawal dan memodulasi cara penghasilan minuman kurang manis, dengan cara tidak dikenakan cukai.

“Jika mereka mempunyai rasa tanggungjawab, mereka akan mematuhinya untuk menghasilkan minuman sihat yang mengandungi gula kurang daripada 5g setiap 100ml,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen kesedaran dan kesihatan ‘Kurangkan Gula Hidup Sihat’ anjuran Giant Malaysia dengan kerjasama Fonterra Brands Malaysia di Giant Hypermarket di Subang Jaya di sini.

Dr Dzulkefly berkata pihaknya turut mengambil maklum akan laporan media bahawa Bubble Tea mengandungi gula melebihi jumlah yang disyorkan.

“Dari bacaan saya, dalam 100ml minuman popular mempunyai 20 sudu gula manakala pengambilan harian yang dibenarkan hanyalah lapan sudu teh.

“Jadi keputusan atas pengguna sendiri bagi menghindari menjadi obesiti,” katanya sambil menambah bahawa Malaysia antara negara paling ramai obesiti di Asia Tenggara.

Jelasnya kajian kementerian mendapati satu daripada dua rakyat Malaysia yang mengalami obesiti adalah faktor utama bagi beberapa penyakit tidak berjangkit (NCD), seperti hipertensi, penyakit kardiovaskular, dan kencing manis yang menyumbang peningkatan membimbangkan.

Ujarnya lagi dianggarkan sebanyak 73 peratus kematian disumbangkan oleh NCD, dengan penyakit kardiovaskular termasuk serangan jantung dan strok sebagai penyumbang terbesar.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018