Wujud bas 'mobile mamogram' untuk wanita kampung kesan awal kanser payudara

Maniseh Adam

TAWAU, 27 Julai (Bernama) -- Pink Ribbon Wellness (L) Foundation (PRWF) menyarankan kepada Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah agar mewujudkan perkhidmatan mobile mamogram (bas bergerak) untuk wanita di kampung bagi mengesan kanser payudara lebih awal.

Penaung PRWF, Puan Sri Maniseh Adam berkata kaedah menggunakan bas itu antara usaha mempelbagaikan kaedah sesuai untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan, berkaitan kanser payudara di kawasan luar bandar.

"Pada program kesihatan di Sandakan kita bertemu menterinya Datuk Frankie Poon Ming Fung dan ada mengutarakan perkara ini kepada beliau supaya dapat dilaksanakan, kerana sekarang ini, kesedaran itu ada tetapi capaian kepada kemudahan itu kurang.

"Kami (PRWF) sarankan supaya mengadakan mobile mamogram yang di dalam ada mesin ultra sound serta mesin mamogram dan bas ini boleh ke kampung-kampung dan memeriksa wanita-wanita di luar bandar," katanya pada program ceramah awal dan bengkel pesakit kanser payudara di sini, hari ini.

Perasmian program itu disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat.

Dalam pada itu Maniseh berkata World Health Organization (WHO) meramalkan lebih 7,500 kes-kes baru akan di kesan setiap tahun di Malaysia dan 50 peratus daripadanya, di kesan menghidapi kanser payudara.

Berdasarkan perangkaan, katanya 42 peratus wanita di Malaysia datang mendapatkan rawatan sewaktu kanser itu berada di Tahap 3 atau Tahap 4.

Katanya lagi sehingga kini, yayasan dinaunginya itu sudah memberikan bantuan termasuk khidmat nasihat kepada lebih 20,000 wanita sejak ditubuhkan pada 2012.

Sementara itu katanya, wanita yang menjalani gaya hidup dan pemakanan yang sihat, dapat menghindari diri daripada penyakit berkenaan.

"Antara penyebab kanser payudara adalah stress, pesanan saya kepada golongan wanita,  buat rawatan awal," katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2