KKM bagi tips kurangkan risiko jangkitan hepatitis

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Orang ramai diminta mengelak berkongsi alat kebersihan diri peribadi seperti ketip kuku, berus gigi, pisau cukur dan sebagainya bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit Hepatitis. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, alat kebersihan seumpama itu boleh menyebabkan luka di mana virus boleh menular.

"Pesakit Hepatitis juga dinasihatkan agar tidak menderma darah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kepada penerima darah," katanya sambil menambah amalan hubungan seks secara selamat juga dapat mencegah daripada penularan jangkitan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Hari Hepatitis Sedunia 2019 yang disambut hari ini. 

Seseorang boleh dijangkiti Hepatitis B atau C apabila terdedah secara langsung dengan darah daripada seseorang yang dijangkiti menerusi luka, perkongsian jarum dan hubungan seks. Ia juga boleh menular daripada ibu kepada bayi ketika proses kelahiran.

Hepatitis adalah penyakit yang menyebabkan keradangan hati akibat jangkitan virus hepatitis A, B, C, D dan E.

Hepatitis A dan E biasanya disebabkan oleh pengambilan makanan atau air yang tercemar manakala jenis B, C dan D membawa kepada penyakit kronik dan merupakan punca utama kepada sirosis (parut) hati dan kanser hati.

Di Malaysia, Dr Noor Hisham berkata kadar notifikasi Hepatitis B menunjukkan peningkatan dalam masa lima tahun iaitu daripada 12.94 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2014, kepada 14.52 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2018.

Bagi Hepatitis C pula, dianggarkan 3,000 kes jangkitan baharu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM)  setiap tahun. Tahun lalu, 2,842 kes baharu Hepatitis C dilaporkan dengan kadar notifikasi 8.77 bagi setiap 100,000 penduduk.

Sempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia itu, Dr Noor Hisham berkata KKM telah melaksanakan kempen saringan Hepatitis C di 112 fasiliti KKM terdiri daripada 49  hospital dan 63 klinik kesihatan dengan kerjasama badan-badan berkaitan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2