Lebih 14,800 wanita manfaatkan saringan kanser serviks percuma LPPKN - Dr Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kanan) merasmikan Program Saringan Serviks Percuma Etiqa Bersama Rose Foundation di Dewan Sri Pandan Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang Jaya hari ini. Turut hadir Pengerusi Maybank Ageas Holding Berhad Datuk R. Karunakaran (kanan) dan Perunding Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya Prof Woo Ying Ling (dua, kiri).

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Perkhidmatan saringan kanser serviks percuma di bawah seliaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah dimanfaatkan oleh 14,875 wanita setakat Julai lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kerajaan menyediakan peruntukan RM7 juta untuk pelaksanaan ujian HPV DNA berkenaan di klinik Nur Sejahtera LPPKN.

“Ujian HPV DNA secara percuma ini boleh dilakukan di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN sehingga hujung tahun ini selain perkhidmatan subsidi mamogram dan vaksinasi HPV," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program saringan serviks percuma kelolaan Etiqa bersama ROSE Foundation di sini hari ini.

Kerajaan menggalakkan wanita Malaysia menjalani ujian HPV DNA untuk mengesan kehadiran virus HPV atau 'human papillomavirus' dengan lebih awal sebelum berlaku perubahan pada sel tisu di kawasan serviks.

Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menarik perhatian bahawa ini antara inisiatif kesihatan itu bagi membantu wanita khususnya daripada golongan berpendapatan rendah B40.

Terdahulu dalam ucapan pada majlis pelancaran itu, Dr Wan Azizah menyatakan penghargaan atas usaha sama Etiqa dan ROSE Foundation kerana mengadakan program saringan kanser serviks percuma bermula di kawasan Pandan di sini.

Menurutnya, Etiqa telah menyumbang RM1.2 juta kepada Rose Foundation untuk menyediakan program berkenaan kepada 6,000 wanita golongan B40 berusia antara 30 dan 49 tahun.

“Saya difahamkan program saringan ini dijadual diadakan di Miri, Sarawak pada Ogos ini dan di Bakri, Johor pada September," katanya.

Inisiatif ROSE atau 'Removing Obstacles to Cervical Screening' dilancarkan beliau pada Januari lalu.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2