3,000 penduduk kampung terima manfaat Klinik Kesihatan Mesej Pangi buka

KUNAK, 30 Julai (Bernama) -- Keperihatinan kerajaan menyediakan Klinik Kesihatan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Pangi, memberi manfaat kepada 3,000 penduduk dari Kampung Pangi, Hampilan dan sekitarnya.

Mariana Baddu, 27, seorang penduduk Kampung Pangi itu berkata sejak klinik berkenaan beroperasi pada 22 Julai lalu, pusat itu menjadi tumpuan penduduk kampung berdekatan, untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

"Pembukaannya menjimatkan masa saya untuk mendapatkan rawatan, terutamanya anak-anak kerana berdekatan dengan kediaman.

"Sebelum ini saya berulang alik membawa anak berusia empat bulan ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Sapang, yang jauh sedikit," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Mariana berkata pada pandangannya, meskipun klinik itu belum ada kelengkapan sepenuhnya, tetapi operasinya masih boleh diperbaiki.

Katanya, turut berharap supaya perkhidmatan termasuklah bekalan ubat, kelengkapan ujian makmal seperti ujian UPT (Urine Pregnancy Test), dan kerusi bagi ruangan menunggu dapat disediakan di klinik itu.

Sementara itu, Jamal Samidin, 30, berkata pembukaan klinik itu memudahkan penduduk berhampiran yang tidak mempunyai pengangkutan, mendapatkan rawatan kesihatan dan tidak perlu ke pekan Kunak.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Kunak, Norazlinah Arif berkata pembukaan klinik itu masih berada di peringkat awal dan terdapat beberapa kekurangan, seperti unit farmasi namun perkara itu diambil perhatian.

"Semua kekurangan bagi klinik tersebut akan terus diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan penduduk sekitar dapat merasai perkhidmatan yang baik dan tidak perlu ke pekan untuk mendapatkan rawatan biasa termasuk klinik ibu dan anak," katanya lagi.

Menurut Norazlinah, setakat ini Klinik Kesihatan Mesej Pangi berkenaan beroperasi dengan seorang doktor serta tiga jururawat.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018