Lapan bekas Pusat Hemodialisis Mawar beroperasi semula di bawah Pusat Perubatan NSCMH

SEREMBAN, 30 Julai (Bernama) -- Sebanyak lapan pusat hemodialisis yang sebelum ini di bawah Pusat Hemodialisis Mawar  (MMC) telah  diberi lesen untuk beroperasi semula di bawah Pusat Perubatan NSCMH oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini  manakala lesen bagi tiga lagi masih dalam proses.

Pengerusi Pusat Perubatan NSCMH Datuk Lee Tian Hock berkata  lesen itu ialah bagi  Pusat Hemodialisis di  Bahau, Kuala Pilah, Lukut, Mantin dan Rantau di Negeri Sembilan; Sepang dan Seri Kembangan di Selangor serta Seputeh di Kuala Lumpur, manakala lesen yang sedang dalam proses ialah di  Gemas (Negeri Sembilan), Yong Peng (Johor) dan Tawau (Sabah).

Awal tahun ini KKM menutup pengoperasian Mawar Medical Centre (MMC) di sini setelah mendapati pusat perubatan itu gagal mematuhi keperluan perundangan bagi memastikan premis tersebut mempunyai lesen untuk beroperasi.

Lee berkata dengan tambahan itu bermakna NSCMH kini mengendalikan 12 cawangan termasuk satu cawangan di pusat perubatan itu sendiri di Seremban.

"Dengan selesainya isu lesen ini, kita harap kesemua 12 cawangan NSCMH Dialysis Care ini dapat beroperasi dengan baik demi kesejahteraan pesakit. Kita memperuntukan RM200,000 sebulan untuk menampung perbelanjaan kesemua 12 cawangan NSCMH Dialysis Care ini.

"Dengan 12 cawangan yang sedia ada kita mampu untuk menampung keperluan pesakit setakat ini,katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan 11 pengerusi cawangan NSCMH Dialysis Care itu di Pusat Perubatan NSCMH di sini.

Beliau berkata NSCMH akan menambah cawangan Dialysis Care ini pada masa hadapan mengikut keperluan dan kemampuan kewangannya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018