KKM cadang wujud Jabatan Perubatan Nuklear di Pusat Perubatan Kanser Sungai Petani - Lee

Dr Lee Boon Chye

PORT DICKSON, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang mewujudkan Jabatan Perubatan Nuklear di Pusat Perubatan Kanser di Sungai Petani, Kedah bagi memberi perkhidmatan serta rawatan terbaik kepada pesakit di kawasan utara.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata jabatan yang akan diwujudkan itu merupakan jabatan ketujuh selepas enam yang lain di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Institut Kanser Negara, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Katanya ketika ini Pusat Perubatan Kanser tersebut dalam tempoh pembinaan dengan kos berjumlah RM500 juta yang dijangka siap tiga tahun lagi.

“Dengan adanya penambahan Jabatan Perubatan Nuklear di wilayah utara ini nanti, saya berharap pesakit yang menerima rawatan nanti akan mendapat perkhidmatan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perubatan Nuklear Peringkat Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Perkhidmatan Perubatan Nuklear Malaysia Dr Ng Chen Siew dan Ketua Jabatan Perubatan Nuklear Hospital Kuala Lumpur Dr Siti Zarina Amir Hassan.

Sementara itu, Dr Lee berkata sebanyak RM5 bilion telah diperuntukkan kementerian bagi membina dan menaik taraf hospital di seluruh negara.

"Antara hospital yang kini dalam pembinaan ialah di Pasir Gudang, Johor Bahru, dan Petra Jaya, Sarawak dengan kos pembinaan membabitkan RM500 juta manakala di Dunggun, Terengganu RM100 juta.

"Selebihnya peruntukan itu akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan di 12 hospital di negara ini dalam tempoh lima tahun, selain kita merancang membina beberapa hospital dalam tempoh lima tahun,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2