Hospital wakaf kemudahan tambahan yang dialu-alukan, kata Fuziah

Fuziah Salleh

BANGI, 31 Julai (Bernama) -- Penjagaan kesihatan mampu milik seperti disediakan oleh hospital wakaf sangat diperlukan di Malaysia dan akan menjadi kemudahan tambahan yang dialu-alukan dalam industri penjagaan kesihatan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata hospital tiga bintang yang menawarkan harga berpatutan beserta rawatan pakar akan memberi manfaat kepada industri khususnya bagi pesakit.

“Kami akan menyertakan elemen wakaf, zakat, infak dan pembiayaan kepada model perniagaan ini. Ia amat berbeza berbanding hospital pakar yang lain,” katanya dalam ucapan pada majlis meraikan wanita paling berpengaruh dalam bidang kewangan dan peniagaan Islam oleh Cambridge International Financial Advisory, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah

Fuziah berkata Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menunjukkan 41.3 peratus pesakit perlu menunggu sehingga enam jam di wad kecemasan hospital kerajaan berikutan kekurangan peruntukan, kekuatan kakitangan serta kemudahan.

Beliau berkata satu daripada tiga doktor pula mengalami simptom 'burnout' (keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan). 

Fuziah turut memohon Kementerian Kewangan untuk menggesa bank-bank Islam memperuntukkan sebahagian kecil daripada keuntungan mereka bagi menyokong projek berasaskan wakaf.

“Hanya lima peratus peruntukan daripada keuntungan yang diterima pada 2017 akan mengumpulkan sebanyak RM300 juta, lebih daripada mencukupi untuk membiayai 200 katil hospital,” katanya.

Fuziah berkata Rang Undang-Undang (RUU) Wakaf akan dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini.

“Kami mahu memastikan tadbir urus yang baik dan wakaf tidak disalahgunakan. RUU itu akan dibentangkan pada sesi akan datang,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Fuziah dan Amiruddin menyaksikan majlis menandatangani memorandum antara Kasih Holdings Sdn Bhd dan Hospital Pusrawi Sdn Bhd, menandakan kerjasama mereka dalam membangunkan program hospital National Kasih di seluruh Malaysia. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2