Lebih 150 hospital diiktiraf hospital rakan bayi - Dr Dzulkefly



KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Sehingga kini terdapat 157 hospital merangkumi 137 hospital kerajaan dan 20 hospital swasta yang mendapat pengiktirafan Hospital Rakan Bayi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menerusi satu kenyataan sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 hari ini, Dr Dzulkefly berkata selain hospital, 670 klinik kesihatan pula diiktiraf sebagai Klinik Rakan Bayi di seluruh negara bertujuan mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara “Mesra Bayi”.

“Kementerian Kesihatan melalui Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III (2016-2025) menggariskan pelbagai strategi menjayakan penyusuan susu ibu.

“Antara strategi itu adalah memperkukuhkan pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi, Klinik Rakan Bayi serta Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan produk berkaitan termasuk advokasi makanan, latihan untuk anggota kesihatan dan penyebaran maklumat melalui media sosial,” katanya.

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia disambut setiap tahun dari 1 hingga 7 Ogos di seluruh dunia bertujuan memanifestasikan komitmen terhadap usaha mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu, kata Dr Dzulkefly.

Beliau berkata, bertemakan ‘Caknakan Ibu Bapa, Jayakan Penyusuan - Bertindak Sekarang Demi Masa Depan’, sambutan yang memasuki tahun ke-27 itu menekankan kepentingan usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan rantaian sokongan menyediakan persekitaran yang berupaya memperkasa ibu menyusukan anak secara optima.

Dr Dzulkefly turut menggariskan beberapa panduan antaranya bakal ibu bapa perlu mendapatkan ilmu asas penyusuan ketika usia awal kandungan, suami atau ahli keluarga perlu peka tentang keperluan ibu semasa tempoh menyusukan anak manakala majikan perlu menyediakan persekitaran kondusif termasuk pusat jagaan bayi serta bilik penyusuan.

Kumpulan sokongan penyusuan susu ibu perlu berkongsi pengalaman untuk memotivasikan golongan ibu secara berterusan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018