Malaysia bantu India tingkatkan kesedaran penjagaan kesihatan - Kok



KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan membantu India untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan di negara itu, khususnya berkenaan penggunaan sarung tangan perubatan dengan betul.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata sebagai pengeluar dan pengeksport sarung tangan perubatan berkualiti tinggi terbesar dunia, Malaysia berpengetahun luas dalam menghasilkan produk itu.

Beliau berkata pasaran penjagaan kesihatan di India berkembang pesat, dipacu oleh jumlah penduduk yang besar, pertumbuhan ekonomi dan urbanisasi.

“Pasaran penjagaan kesihatan di India dijangka mencecah US$372 bilion pada 2022 manakala industri hospital diunjurkan tumbuh pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 17 peratus daripada  US$61.8 bilion pada 2017 kepada US$132.8 bilion pada 2022.

“Sejajar perkembangan pesat sektor penjagaan kesihatan, permintaan ke atas peralatan dan peranti perubatan juga akan meningkat,” katanya ketika berucap pada pelancaran Seminar Pendidikan: Pengurusan Kawalan Jangkitan – Memilih Sarung Tangan Yang Betul, yang dianjurkan Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) di New Delhi, India.

Seminar itu merupakan sebahagian daripada Misi Ekonomi dan Pelaburan Minyak Sawit dan Getah ke India yang diketuai Kok bermula 29 Julai hingga 2 Ogos.

Menurut Kok, oleh itu, keperluan memupuk kesedaran mengenai pemilihan dan penggunaan sarung tangan perubatan dengan betul akan turut meningkat dalam kalangan pekerja sektor penjagaan kesihatan. 

“Selain mempromosi sarung tangan, kami juga mahu bertemu pekerja penjagaan kesihatan dan berkongsi pengalaman mengenai kepentingan memilih dan menggunakan sarung tangan dengan betul untuk mengawal penyebaran penyakit berjangkit.

“Sehubungan itu, MREPC memainkan peranan penting dalam menyokong penggunaan sarung tangan perubatan kepada pekerja penjagaan kesihatan menerusi seminar pendidikan yang dianjurkan,” katanya dan menurutnya MREPC telah ke beberapa bandar di rantau ini dan akan terus mencapai lebih banyak pekerja penjagaan kesihatan di rantau ini.

Perdagangan dua hala antara India dan Malaysia bagi barangan dan perkhidmatan telah berkembang sehingga mencapai US$15 bilion pada 2018.

Malaysia turut mempunyai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan FTA serantau dengan India menerusi ASEAN. FTA itu menyediakan peluang meningkatkan perdagangan antara India dan Malaysia selain dengan ASEAN.

Jumlah eksport Malaysia ke India tumbuh 5.1 peratus kepada US$8.8 bilion manakala eksport dari India ke Malaysia mencecah US$6.5 bilion pada 2018.

Eksport produk getah Malaysia ke India merekodkan pertumbuhan purata 16.7 peratus setahun daripada US$20.1 juta pada 2009 hingga US$80.8 juta pada 2018.

Import produk getah Malaysia dari India turut menokok daripada US$4.1 juta pada 2009 kepada US$29.7 juta pada 2018.

Angka perdagangan itu menunjukkan India merupakan pasaran penting bagi produk getah Malaysia.

Eksport produk getah utama Malaysia ke India termasuk sarung tangan, hos, benang lateks, kabel, kateter, kasut, komponen kereta getah, tayar, kondom, pelekap dan gasket manakala eksport produk getah utama India ke Malaysia termasuk kasut, getah, produk busa, hos, sarung tangan getah, kateter dan bola getah.

Malaysia mempunyai lebih 300 pengeluar yang menghasilkan lebih 1,000 jenis produk getah untuk pelbagai industri dan aplikasi.

Produk getah Malaysia dieksport ke 195 negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan Eropah sebagai destinasi eksport terbesar.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2