KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengatasi cabaran yang dihadapi pengamal perubatan tradisional dan komplementari (T&CM) tempatan untuk memasuki ujian klinikal dan menjadikan sektor itu terus berkembang.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pada masa yang sama, pengamal T&CM juga perlu menghasilkan produk tempatan yang selamat dan mematuhi peraturan yang berkualiti.
“Jika kita terlalu rigid, terlalu ketat, tegas jadi usaha ini akan terhalang. Jadi ini akan melambatkan usaha (untuk mempercepatkan) kajian.
“Tapi kalau kita kendurkan (peraturan ini), akan wujud pula aspek keselamatan dan kualiti dikompromi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Perubatan Tradisional dan Komplementari ke-9 (Intracom) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Shri Mridul Kumar dan Presiden Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Datuk Dr Chuah Hean Teik.
Terdahulu dalam ucapan pembukaannya, Dr Dzulkefly berkata disebabkan peraturan ketat untuk membolehkan ubat-ubatan tradisional menjalani ujian klinikal menyebabkan gagal menarik para pengamal untuk mendapatkan sijil Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
Persidangan tiga hari yang bermula hari ini, anjuran Bahagian T&CM KKM, dengan kerjasama UTAR.
Intracom ke-9 ini bertemakan Integrated Approach towards Health Ageing disertai perwakilan lebih 10 negara.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN