Kadar penyusuan susu ibu meningkat 60 peratus



PETALING JAYA,  4 Ogos (Bernama) -- Kesedaran mengenai amalan penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu di negara ini semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.  

Yeoh berkata, berdasarkan data tahunan yang diperoleh Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara,  kadar penyusuan susu ibu secara eksklusif iaitu enam bulan pertama kelahiran bayi menunjukkan peningkatan daripada 14.5 peratus pada 2009 kepada 60 peratus pada tahun lepas.  

"Peningkatan dan kesedaran ibu mengenai penyusuan ini sangat memberangsangkan yang mana ia menyaksikan peningkatan sebanyak 45.5 peratus dalam tempoh hampir 10 tahun.

"Ia (peningkatan) adalah hasil daripada program intervensi yang dilaksanakan kerajaan dan usaha advokasi daripada pelbagai organisasi," katanya selepas merasmikan program 'Gift of Love' anjuran The Breastfeeding Advocates Network (TBAN) bersama Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Program yang diadakan sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2019 yang disambut bermula 1 hingga 7 Ogos itu dihadiri lebih 130 ibu bersama anak masing-masing.  

Yeoh berkata, sokongan semua pihak terutamanya keluarga dan majikan adalah penting bagi memastikan ibu dapat menyusu anak secara berterusan untuk meningkatkan imunisasi badan seseorang bayi.

"Kalau di tempat kerja, ibu memerlukan fasiliti seperti bilik penyusuan dan cold storage untuk menyimpan stok susu mereka.

"Kita harap negeri lain akan mencontohi Melaka yang mana semua 19 agensi kerajaan di negeri itu menyediakan feeding rooms untuk kemudahan ibu," katanya.  

Mengenai cadangan cuti paterniti kepada golongan bapa yang bekerja di sektor swasta, Yeoh berkata usaha dan perbincangan sedang dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia bersama majikan bagi  mempertimbangkan cadangan itu.  

"Cuti paterniti untuk bapa memang penting sebab minggu awal pertama kelahiran bayi, golongan ibu sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami untuk menguruskan diri dan anak mereka," katanya.  

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018