Kementerian Kesihatan diminta beri pencerahan berhubung isu ijazah dari Taiwan

SIBU, 4 Ogos (Bernama) -- Persatuan Graduan Taiwan Sarawak (STGA) meminta Kementerian Kesihatan Persekutuan memberi pencerahan berhubung isu tidak mengiktiraf ijazah sarjana muda pergigian dari lapan institusi pengajian Taiwan.

Penasihat STGA, Dr. Hu Chang Lek berkata, kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye dalam akhbar baru-baru ini bahawa ijazah dari institusi pengajian itu tidak pernah diiktiraf oleh Kerajaan telah menimbulkan kekeliruan.

“Kita mahu bertanya Dr. Lee mengapa beliau menyatakan dalam akhbar baru-baru ini, ijazah sarjana muda pergigian dari institusi pengajian itu tidak pernah diiktiraf (kerajaan Malaysia) sedangkan sebelum ini kerajaan telah beri pengiktirafan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam surat JPA(L)S130/15-1 Klt6 (96) bertarikh 3 Feb 1996 menyatakan bersetuju mengiktiraf kelayakan-kelayakan perubatan dan pergigian dari lapan universtiti Taiwan.

Pengiktirafan itu adalah dengan bersyarat di mana graduan ijazah sarjana muda pergigian dari universiti berkenaan perlu menduduki peperiksaan National Licensing Examination dikendalikan Taiwan dan apabila lulus, wajib berkhidmat dengan kerajaan selama dua tahun sebelum boleh didaftar di bawah Seksyen 12(a) Akta Pergigian 1991.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia, Datuk Lawrence Ting Siew Haw berkata, sepatutnya isu pengiktirafan itu tidak timbul kerana ia sudah lama dipersetuju kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat menangani perkara berkenaan bagi memberi galakan kepada doktor negara ini yang mendapat pendidikan dan kini bekerja di Taiwan untuk kembali berkhidmat di negara ini.

Lawrence berkata, ramai doktor negara ini bersedia kembali berkhidmat di negara ini tetapi oleh kerana banyak halangan menyebabkan mereka terus bekerja di Taiwan atau negara lain.

Persatuan itu juga memohon kerajaan mewartakan ijazah sarjana muda universiti-universiti Taiwan yang telah diberi pengiktirafan sebelum ini supaya memberi peluang kepada graduan itu berkhidmat di negara ini.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2