50 peratus penghidap NCD tidak tahu status kesihatan



PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 50 peratus penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini tidak mengetahui mereka menghidap penyakit berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata itulah antara faktor kerajaan melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi menjalankan saringan untuk mengenal pasti mereka yang menghidap penyakit itu.

"Selain itu, 50 peratus daripada mereka yang dikesan mempunyai penyakit NCD tidak dapat mengawal (penyakit mereka).

"Jadi tindakan kita ialah meningkatkan rawatan kesihatan utama di klinik-klinik kesihatan supaya kita dapat mengawal kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dan sebagainya," katanya ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Perkongsian Pintar Klinik Senaman, di sini hari ini.

Menurutnya masalah NCD di Malaysia semakin membimbangkan kerana prevalen faktor risiko penyakit itu di negara ini adalah tertinggi di rantau ASEAN.

Dr Noor Hisham berkata Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 menunjukkan 3.5 juta orang atau 17.5 peratus daripada penduduk Malaysia adalah penghidap diabetes. 

"Bagi hipertensi pula adalah 30.3 peratus atau 6.1 juta penduduk manakala kadar obesiti pula meningkat dari 15.1 peratus pada 2011 ke 17.7 peratus pada tahun 2015," katanya.

Mengenai MoA itu, Dr Noor Hisham berkata, kerjasama  Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam dan MS New Symphony Exercise Clinical Sdn Bhd membangunkan Klinik Senaman, bertujuan mengurangkan risiko pesakit NCD.

Katanya melalui klinik itu yang telah dibangunkan Kuala Ketil, Kedah, pesakit klinik kesihatan di daerah itu yang dikesan berisiko NCD akan dirujuk kepada Klinik Senaman.

"Individu berkenaan akan diberikan senaman sesuai oleh ahli terapi mengikut faktor risiko dengan tempoh program senaman berjalan selama kira-kira enam bulan hingga setahun," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2